Thursday, June 5, 2014

AKU DAN MAKMAL

Aku dan makmal patologi mmg tidak boleh dipisahkan. Itulah tempat kerjaku..Hari ni aku terasa hari yang paling sedih dalam sepanjang hampir 3 bulan bertugas di makmal. Cerita bermula apabila driver klinik memberitahu 7 sampel ujian hematologi ditolak atas alasan sample lambat dihantar ke hospital. tak sepatutnya lab reject atas alasan itu sahaja. Tanpa cop, tanpa signature dan tanpa sebab penolakan dimaklumkan. Aku sebagai org yg pertama tahu ttg itu terkedu dan tersentap. rasa berhenti seketika dunia ni. Air mata seolah-olah inigin mengalir tapi kutahan hingga semampunya. Aku ada pesakit yg harus diuruskan. Hanya ayat yang aku mampu aku luahkan ialah "Apa yang aku nak jawab pd doktor, pada pesakit"? Ya Allah...seharian aku risau memikirkan ttg sampel yg ditolak ni. Doktor telah pun aku inform, borang dan sampel juga aku telah pulangkan. isu hangat yg sedang melanda klinik sekarang. Mmg aku tidak disalahkan tapi aku bertanggungjawab sepenuhnya pada sample sample pesakit. Sampel pesakit diibaratkan sstu yg penting dalam hidup aku. Hospital juga telah aku tanyakan. mohon pencerahan dan penjelasan. Diharapkan ada maklumbalas secepatnya. Aku org baru dalam biddang kerja ini. Mohon jangan mengharap lebih-lebih daripada aku. Aku hanya mampu memberi apa yg semampunya aku beri. 

Hingga ke rumah perasaan sedih ini tak hilang. tak tahu nak mengadu pada siapa.Simpan untuk diri sendiri. Aku tahu ALLAH mendengar. tak tahu apa lagi yang akan bakal aku lalui pada hari esok.

Sunday, May 18, 2014

PERJALANAN HIDUP DI TEMPAT BARU

Assalammualaikum wahai sahabat2 yg ku sayangi kerana ALLAH....


Lama rasanya x menjenguk dan mengalun jari jemari di blog sendiri ni. Post kali ni nk berkongsi perjalanan hidup ku di tempat yg baru. Selepas mendapat surat lamaran kerja dr KKM aku ditempatkan di jab.kesihatan negeri selangor. then, dihantar plak ke PKD Gombak. Hanya aku satusatunya calon lantikan baru yg ditempatkan di PKD Gombak. pd mulanya aku seakan-akan lost. mmg daripada mula lg  aku xnak dihantar ke selangor. tp Tuhan telah menetapkan takdir ku di negeri selangor. aku redha. next, aku melapor diri ke klinik kesihatan di daerah Gombak. yg ni biarlah jadi rahsia dimana klinik aku tu ye. KK ni baru je beroperasi tahun 2012. klinik kecil tp sudah semakin hari semakin sibuk. aku bertugas di bahagian makmal. secara solo. jadi, sume keputusan di tanganku. walaupun freshie aku harus melaluinya. mmg aku sgt takut dan risau kerana tiada senior yg bersama untuk memantau, aku hanya belajar dari rakan setugas dalam masa sebulan sahaja. selepas itu aku berseorangan sehingga sekarang. aku baru pulang dari berkursus 3 hari.dalam kursus tu byk ilmu yg aku dapat utk menguruskn makmal.ilmu-ilmu yg sgt penting yg bolah aku aplikasikn di makmal. semmgnya banyak perkara yg aku lalui dan hadapi. aku juga mangalami homesick sekalipun usia sudah menjangkau 26 thun. aku menjadi insan yg berdikari. nak x nak itulah aku. jauh dari keluarga dan rakan2. semua perkara diselesaikan sendiri.sesat da jd sebahagian dari hidup aku.sekarang aku sudah semakin bisa membiasakan diri. nak balik kg sendiri pun sudah boleh.Alhamdulillah. Allah mmg syangkan aku.dikala aku jatuh, sedih, kecewa DIA gantikan dgn kemudahan dan penyelesaian. Allah mmg Maha penyayang. DIA xkan biarkan aku sesat. kalo adapun hanya utk seketika. mungkin ingin menguji diriku agar bersabar dan tenang menghadapi liku-liku hidup. sahabat sekalian, mohon doanya ye agar aku kuat hadapi hari-hari mendatang. Sesungguhnya aku hanya bertawakal dan berserah diri hanya lah pd ALLAH YG MAHA ESA.    



Monday, April 30, 2012

DIA



bila kita marah carilah DIA
bila kita susah carilah DIA
bila kita sedih carilah DIA
bila kita runsing carilah DIA

tapi.....
bila kita senang jangan sesekali lupa DIA
bila kita gembira jangan sesekali lupa DIA
bila kita bahagia jangan sesekali lupa DIA
bila kita suka jangan sesekali lupa DIA

pendek kata,
tak kira walau apa keadaan sekalipun jangan kita lupa DIA. 
DIA sentiasa melihat kita, memandang kita, melindungi kita.. 
nak jawapan carilah DIA.. 
InsyaALLAH, DIA ada jalanNya..
yg membezakan hanyalah cepat atau lambat sahaja kita perolehi jawapan...
tawakallah.hatimu akan tenang..






Friday, April 20, 2012

JILBAB & USRAH


Sejujurnya saya tak ingat tarikh saya mula berjilbab tapi yang pasti niat utk bertudung labuh telah lama tersimpan dalam hati..Alhamdulillah, kini saya tekad utk meneruskan niat itu.InsyaALLAH, hopefully saya akan berusaha seluruh hidup saya utk istiqamah dengan perubahan yang baru ini. Saya bukan risau dengan usikan, cacian atau kata2 jelik dari sekeliling saya yang saya risaukan adalah perubahan tujuan asal saya berjilbab. Saya takut akan timbul perasaan riak dalam diri ini. Saya takut akan timbul perasaan bangga diri terus menyelubungi jiwa saya. Niat hati saya hanya ingin menurut perintah daripada ALLAH S.W.T. Saya sedar masih banyak perkara/ilmu yang perlu saya pelajari. Apa yang saya perolehi sekarang saya cuba utk praktikan dalam kehidupan. Sekiranya masih ada cacat dan celanya, mohon sahabat2 utk menegur dan memberikan tunjuk ajar. Siapalah saya diatas muka bumi ini, hanya hamba ALLAH yang lemah, yang kurang bersabar dan kurang mantap imannya. Sesungguhnya, tiada manusia yang sempurna. Saya sedar itu tapi tak salah kiranya kita berusaha utk ke arah kesempurnaan.

Syukur alhamdulillah saya dikelilingi dengan insan yang baik2. Yang sudi berkongsi ilmu/pendpat dan cerita. Utk pertama kalinya dalam hidup saya join usrah. Memang banyak ilmu kita boleh perolehi daripada usrah. Bukan saja ilmu, usrah juga pintu kepada ikatan silaturahim. Daripada tak kenal jadi kenal, daripada kurang rapat jadi rapat. Ada juga org panggil usrah ni 'bulatan gembira'..ye,btul.saya setuju sgt..Saya sgt2 berharap 1 hari nnt saya mampu utk melontarkan pendapat yang mantap dalam usrah. Jika diizinkan ALLAH jadi naqibah pun saya mahu..hee..

Jilbab dan usrah mmg perkara baru dalam hidup saya.  Bila berjilbab 1 perasaan yang tenang yang saya rasakan. Saya juga rasa bersyukur sbb 1 perintah ALLAH saya mampu utk turuti.Bukan mudah nak berubah tapi sekiranya dikuatkan iman,mantapkan niat. InsyaALLAH saya tahu ALLAH akan hulurkan bantuan. Yang paling penting adalah istiqamah. Mohon petunjuk dan rahmat daripada ALLAH. AMIN.....

Monday, June 1, 2009

9 SITI YG PATUT DICONTOHI

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Friday, May 29, 2009

ALUNAN YG KU NANTI

xusah kau terangkan kutahu..
potret wajahmu disetiap penjuru..
curahkan deritamu padaku...
biar kurasa apa yang kau rasa...
terang2,bersama rasa sayang..
kubiarkan kau terbang...
terang2,sudut kecil puisi...
senyumanmu lagi...
bebaring renung kita kebulan...
lagu yang kutulis kunyanyikan...
lagu cinta kita berdua..
yang akan kita kenang bila tiba masa...
mimpi2 yang takkan kembali..
aku janji,janji xkan pergi...