Thursday, June 5, 2014

AKU DAN MAKMAL

Aku dan makmal patologi mmg tidak boleh dipisahkan. Itulah tempat kerjaku..Hari ni aku terasa hari yang paling sedih dalam sepanjang hampir 3 bulan bertugas di makmal. Cerita bermula apabila driver klinik memberitahu 7 sampel ujian hematologi ditolak atas alasan sample lambat dihantar ke hospital. tak sepatutnya lab reject atas alasan itu sahaja. Tanpa cop, tanpa signature dan tanpa sebab penolakan dimaklumkan. Aku sebagai org yg pertama tahu ttg itu terkedu dan tersentap. rasa berhenti seketika dunia ni. Air mata seolah-olah inigin mengalir tapi kutahan hingga semampunya. Aku ada pesakit yg harus diuruskan. Hanya ayat yang aku mampu aku luahkan ialah "Apa yang aku nak jawab pd doktor, pada pesakit"? Ya Allah...seharian aku risau memikirkan ttg sampel yg ditolak ni. Doktor telah pun aku inform, borang dan sampel juga aku telah pulangkan. isu hangat yg sedang melanda klinik sekarang. Mmg aku tidak disalahkan tapi aku bertanggungjawab sepenuhnya pada sample sample pesakit. Sampel pesakit diibaratkan sstu yg penting dalam hidup aku. Hospital juga telah aku tanyakan. mohon pencerahan dan penjelasan. Diharapkan ada maklumbalas secepatnya. Aku org baru dalam biddang kerja ini. Mohon jangan mengharap lebih-lebih daripada aku. Aku hanya mampu memberi apa yg semampunya aku beri. 

Hingga ke rumah perasaan sedih ini tak hilang. tak tahu nak mengadu pada siapa.Simpan untuk diri sendiri. Aku tahu ALLAH mendengar. tak tahu apa lagi yang akan bakal aku lalui pada hari esok.

No comments:

Post a Comment