Sunday, May 18, 2014

PERJALANAN HIDUP DI TEMPAT BARU

Assalammualaikum wahai sahabat2 yg ku sayangi kerana ALLAH....


Lama rasanya x menjenguk dan mengalun jari jemari di blog sendiri ni. Post kali ni nk berkongsi perjalanan hidup ku di tempat yg baru. Selepas mendapat surat lamaran kerja dr KKM aku ditempatkan di jab.kesihatan negeri selangor. then, dihantar plak ke PKD Gombak. Hanya aku satusatunya calon lantikan baru yg ditempatkan di PKD Gombak. pd mulanya aku seakan-akan lost. mmg daripada mula lg  aku xnak dihantar ke selangor. tp Tuhan telah menetapkan takdir ku di negeri selangor. aku redha. next, aku melapor diri ke klinik kesihatan di daerah Gombak. yg ni biarlah jadi rahsia dimana klinik aku tu ye. KK ni baru je beroperasi tahun 2012. klinik kecil tp sudah semakin hari semakin sibuk. aku bertugas di bahagian makmal. secara solo. jadi, sume keputusan di tanganku. walaupun freshie aku harus melaluinya. mmg aku sgt takut dan risau kerana tiada senior yg bersama untuk memantau, aku hanya belajar dari rakan setugas dalam masa sebulan sahaja. selepas itu aku berseorangan sehingga sekarang. aku baru pulang dari berkursus 3 hari.dalam kursus tu byk ilmu yg aku dapat utk menguruskn makmal.ilmu-ilmu yg sgt penting yg bolah aku aplikasikn di makmal. semmgnya banyak perkara yg aku lalui dan hadapi. aku juga mangalami homesick sekalipun usia sudah menjangkau 26 thun. aku menjadi insan yg berdikari. nak x nak itulah aku. jauh dari keluarga dan rakan2. semua perkara diselesaikan sendiri.sesat da jd sebahagian dari hidup aku.sekarang aku sudah semakin bisa membiasakan diri. nak balik kg sendiri pun sudah boleh.Alhamdulillah. Allah mmg syangkan aku.dikala aku jatuh, sedih, kecewa DIA gantikan dgn kemudahan dan penyelesaian. Allah mmg Maha penyayang. DIA xkan biarkan aku sesat. kalo adapun hanya utk seketika. mungkin ingin menguji diriku agar bersabar dan tenang menghadapi liku-liku hidup. sahabat sekalian, mohon doanya ye agar aku kuat hadapi hari-hari mendatang. Sesungguhnya aku hanya bertawakal dan berserah diri hanya lah pd ALLAH YG MAHA ESA.    



No comments:

Post a Comment